KATA-KATA DARI WANITA



Lelaki perlu tahu setiap perkataan yang digunakan oleh kaum wanita. :)

1- FINE
Perkataan ini sering digunakan wanita untuk hentikan pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan anda kena diam. Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai - hanya akan membawa anda berdua bergaduh.

2- 5 MINIT
Ini sebenarnya lebihkurang setengah jam. Sama kes dengan 5 minit perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum anda membawa sampah ke luar, jadi ini adalah pertukaran yang setimpal.

3- TAKDE APA-APA
Ini bermakna ada sesuatu hal yang anda perlu berjaga-jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan wanita yang inginkan anda berputar-putar kat dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama '5 MINIT' dan diakhiri dengan 'FINE'.

4- PERGILAH!
Ini adalah satu cabaran yang akan membuat si wanita menjadi marah dengan 'TAKDE APA-APA' dan diakhiri dengan 'FINE'. PERGILAH bermakna 'mengalah' atau 'buat je la apa yang awak nak sebab saya tak kisah'. Anda hanya akan mendapat situasi ini dan dalam beberapa minit diikuti dengan 'TAKDE APA-APA', 'FINE' dan dia akan bercakap kembali dengan anda dalam masa '5 MINIT' apabila dia dah sejuk.

5- MENGELUH KUAT
Ini sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum lelaki. 'MENGELUH KUAT' bermakna dia merasakan anda adalah seorang yang bodoh ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai 'TAKDE APA-APA'.

6- MENGELUH PERLAHAN
Lagi sekali, ini bukanlah perkataan. 'MENGELUH PERLAHAN' membawa maksud yang dia berasa puas. Adalah lebih elok jika anda duduk diam, jangan buat sebarang tindakan... dan dia akan kekal puas.

7- OK LAH
Ini adalah kenyataan yang paling merbahaya seorang wanita boleh buat kepada lelaki. 'OK LAH' bermakna dia ingin berfikir panjang sebelum dia membalas terhadap perbuatan anda yang telah menyakitkan hatinya. 'OK LAH' selalunya digunakan dengan 'FINE'.

8- BUAT LAH
Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat, anda akan dilanda masalah yang besar.

9- TOLONGLAH
Ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. Seorang wanita memberi anda peluang untuk mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas apa yang telah anda lakukan. Anda mempunyai peluang yang adil dengan kejujuran, jadi berhati-hati dan anda tidak akan mendapat 'OK LAH'.

10- TERIMA KASIH
Seorang wanita mengucapkan terima kasih. Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama.

11- TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK
Ini banyak berbeza dari 'TERIMA KASIH'. Seorang wanita akan menggunakan ini apabila dia dah terlampau marah pada anda. Ini menunjukkan yang anda telah menyinggung perasaannya dan akan diikuti dengan 'MENGELUH KUAT'. Berhati-hati untuk tidak bertanya apa yang salah selepas 'MENGELUH KUAT' kerana ini hanya akan membuat dia berkata 'TAKDE APA-APA'.

0 kOmEn uNtuK BuDaK cOmoT:

There was an error in this gadget