Gilerzzz...


hari ni saya nak ajar uols buat perkara paling awesome dengan roomate or housemate or whoever u want. hehe just for yippy happy wippy pppp... ^_^

Setiap hari Jumaat, pack segala barang korang dan bagitau kat roommate korang yang korang nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik dan terangkan bahawa takde orang kat rumah. Unpack segala barang korang dan pegi sambung tido.


Setiap kali roommate korang balik, jerit sekuat hati "horee…kau dah balik". Lepas tu menari-nari dlm minit. Lepas tu, tenung jam lama-lama dan tanya dia "Sepatutnya kau dah blah dah skrg"


Buat-buat terjaga pada tengah malam, jerit kuat-kuat "Tolong, kat mana aku berada ni?" dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecik, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tido. Esoknya kalo dia tanya, pura-pura tak tahu apa yg dia cakap.


Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan korang. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata "Dah merebak… dah merebak!"


Beli pepokok bonsai. Bercakap dan tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap "Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi" sambil keluar dan menghempaskan pintu bilik dengan kuat. Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.


Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata "Tak lama lagi…tak lama lagi…"


Duduk di depan papan chess dua tiga jam tanpa buat apa-apa atau cakap apa-apa. Lepas tu bangun secara tiba-tiba sambil berkata, "Siot betul, kalah lagi".


Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. Lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat "Horee…!". bukak lampu semula.


Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap "Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda …" Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata "Eh, kau rupanya…"


Kata kat roommate "Ada pesanan penting untuk kau". Lepas tu buat-buat pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yang korang dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap "Eh…aku dah ingat". Lepas tu pengsan balik.


Bila roommate korang balik, berpura-pura tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bahawa yang telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.


Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bahawa korang kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.


Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate korang hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu.Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate korang.


Bila roommate korang tutup lampu pada sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat-buat muka bodoh dan confused.


Duduk dan tenung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member-member sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.


Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.


Kalau roommate ada binatang peliharaan macam kucing, offer utk beri makan kat binatang tu. Cepat-cepat keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kat kau.


Pegang dan gosok-gosok rambut roommate korang sambil berkata "Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la …Macam teknik rebonding…". Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.


Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dalam 10 orang bace yasin ramai-ramai. Bila rumet korang terjaga pakat-pakat buat tak nampak ape-ape.


Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok-tengok ada mayat.


camat mencuba.. sesekali menjadi gilers...itsokeyh laa..


There was an error in this gadget