job2.jpg

Hanya SATU!

   
 Dengan lafaz... "بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ", aku menulis keranaMu...ikhlas dari hati.

          Apa yang aku rasa, aku tidak pasti ianya datang dari Allah atau datang dari syaitan. Sungguh, berat untuk aku luahkan. Siapa aku? Siapa dia? Siapa kau? Kita adalah makhluk Allah. Makhluk yang Allah berikan akal untuk berfikir. Tapi berapa ramai antara kita yang mampu berfikir? Aku? Erm... Aku masih berfikir dan terus berfikir... Sampai bila? Sehingga hakikat yang sudah tentu tiba, iaitu Mati. 

          Hidup ini bukan untuk berbalas-balas.. Hari ini hari dia, esok hari kita. BUKAN!. Hidup ini adalah perjalanan untuk kita menempuh sebuah hakikat (mati) dengan membawa pelbagai bekalan yang cukup. Bekalan itu yang mampu membawa kita ke destinasi yang terakhir. Jangan kata, kita diberi pelbagai peluang dan pilihan. Sebenarnya kita hanya ada Satu peluang dan Satu pilihan... Peluang untuk mengumpul PAHALA dan Pilihan untuk masuk SYURGA. Kenapa kita mesti pilih yang teruk (Dosa/Neraka) sedangkan Allah sudah beri yang terbaik untuk kita.. 

          Aku pilih untuk kebaikan Jasad aku dan kemuliaan Roh aku. Kalian?

Waallahua'lamm.. wasalam.