job2.jpg

RINDU ITU MASIH ADA


       Gadis itu cinta pertama Ibn Hazm. Ya, Ibn Hazm adalah seorang ulama, tetapi beliau juga manusia biasa yang punya rasa cinta. Malah kisah-kisah cinta remajanya sama saja dengan kisah-kisah cinta remaja biasa. Gadis pertama yang dicintainya berusia 16 tahun sedangkan dirinya ketika itu berusia 18 tahun. Ibn Hazm benar-benar jatuh cinta dengan pemilik rambut perang itu. Gadis itu begitu cantik di pandangan matanya dan baik budi pekertinya malah pandai pula menyanyi.

       Kegilaan terhadap gadis itu menjadikan Ibn Hazm seorang perindu yang setia. Setiap hari, beliau akan menunggu gadis itu lalu di hadapan rumahnya. Apabila menyedari dirinya menjadi perhatian seorang lelaki, gadis itu akan malu-malu dan wajahnya merona merah.

       Ibn Hazm menulis mengenai cintanya terhadap gadis itu di dalam salah sebuah bukunnya, "Saya masih ingat, kerana kegilaan itu, saya selalu mengunjungi halaman rumahnya. Saya selalu mahu menuju pintu rumahnya supaya saya boleh berada dekat dengannya. Apabila dia melihat saya berdiri dekat dengan pintu rumahnya, dengan lemah lembut dia akan menjauhi saya dan pergi ke tempat lain. Lalu saya pun mengekorinya."

       Namun kisah cinta itu tidak berpanjangan. Ketika usianya 20 tahun, Ibn Hazm mengikut keluarganya berpindah ke Cordova Barat. Betapa beratnya hati Ibn Hazm untuk meninggalkan gadis pujaannya itu. Namun beliau juga tidak mempunyai kuasa untuk menghalang. Kesedihan semakin bertambah apabila tidak lama selepas itu, Ibn Hazm mendapat tahu, gadis itu telah meninggal dunia. Hancurnya hati menerima berita itu. Kelembutan dan kebaikan pekerti gadis itu serta merta bermain di matanya. Namun hanya doa yang mampu dikirimkannya.

       Ibn Hazm berkata, "Demi Allah, sehingga kini kesakitan akibat pemergiannya itu masih belum sembuh."

       Katanya lagi, "seandainya aku tidak yakin dunia ini adalah tempat manusia diuji dan syurga pula adalah tempat mengutip ganjaran, aku akan mengatakan hubungan antara sepasang kekasih adalah kebahagian tanpa kemurungan, kegembiraan tanpa kesedihan, kesempurnaan cinta dan puncak harapan."

#creditto::wangiansyurgadalamcintamu

PASANGAN MANJA SUKA MERAJUK ^_^



Aku mendail nombor handphone suamiku. Hati aku dah melonjak-lonjak kegembiraan ni. Tak sabar pulak rasanya nak tengok muka dia, “Hello!”

“Ha, Maya!” kedengaran suara suamiku lebih tinggi daripada biasa, “Maya pegi mana tadi? Dah sehari suntuk abang call Maya tau tak!”

“Maya tertinggal handphone kat rumah la bang. Sorry la bang ye…” aku baru je teringat handphone merah aku yang still ada atas kaunter dapur. Macam mana ntah boleh terlupa. Tapi… allright gak. Ada sikit alasan nak bagi kat suami tersayang ni.

“Itu je yang awak tahu.. sorry… sorry…. Yang risau abang jugak tau,” suami aku sambung membebel. Aku pun tak tahu kenapa dia hot sangat hari ni, “kan Maya dah kata Maya terlupa, nak buat cemana lagi?” suami aku terus senyap, “Abang? Abang?”

“Maya pegi mana? Abang telefon office, takde pun.”

“Maya ada meeting ngan client tadi,” aku bohong lagi.

“Meeting apa sampai lama sangat?” soalan ragu-ragu dari suamiku itu tiba-tiba buat aku sakit hati. Sampai bila dia nak terus cemburu ni? Aku diam je, malas nak jawab soalan tu. Lepas beberapa minit, aku ngan suami aku still lagi diam.Tapi, akhirnya aku mengalah jugak, “Abang balik awal tau hari ni…” pujuk aku, lembut.

“Hmmm… tengoklah dulu.”

“Balik awal tau, Maya tunggu,” aku mengingatkan sekali lagi sebelum meletakkan telefon. Biarlah… sekarang, aku kena start masak.

**********

Aku bergegas mandi dan memakai baju yang memang aku dah pilih tadi. Lepas make-up ala kadar… touch-up sana, touch-up sini, aku masuk balik ke dalam dapur dan menyusun hidangan makan malam. Aku menutup lampu kalimantang yang terang-benderang tu dan menyalakan dua batang lilin atas meja makan sebelum memasang lampu suram kaler oren. Ni dalam usaha nak jadik romantiklah sebenarnya ni.

Lepas dah puas hati dengan semua benda yang ada kat dapur tu, aku beredar ke ruang tamu… menunggu suami yang tersayang. Tak tau kenapa hati aku jadi berdebar-debar. Gembira semacam je. Harap-harapnya cepatlah suami aku tu balik.

**********

Aku tersentak apabila mendengar bunyi gate dibuka. Jam kat dinding depan aku dah menunjukkan pukul 10:30 malam dah. Aku terus membuka pintu. Lambatnyerlah suami aku ni balik, ni dah pukul berapa dah ni. Aku menyambut briefcase yang dipegangnya sebaik sahaja suami aku melangkah masuk ke dalam rumah. Aku cuba bersabar dan tersenyum.

“Maya dah sediakan makanan… abang nak makan?”

“Abang dah makan kat luar,” jawabnya pendek tanpa memandang mukaku. Dia terus berlalu… masuk ke dalam bilik tidur. Aku menggetap bibir. Apehal pulak dengan suami aku yang sorang ni. Perasaan happy aku yang berkobar-kobar tadi terus terpadam. Aku menyimpan briefcase suamiku dan terus pergi ke dapur untuk menyimpan semua makanan yang dah lama sejuk.

Sajer je aku buat kerja lambat-lambat. Waktu aku masuk ke dalam bilik, suami aku dah terbongkang kat atas katil. Aku menyelinap ke sebelah suamiku dan menarik selimut. Aku cuba memejam mata, pastu tidur je… tak nak fikirkan hatiku yang patah ni. Tapi, tak nak lena-lena jugak. Macam-macam cara aku buat nak bagi aku terlelap. Tak jadik-jadik jugak.

Last-last, aku bangun dan bersandar di kepala katil. Sambil tu, aku memetik lampu kecik di sebelah aku. Terang, gelap. Nyala, tertutup. Aku tak tahu kenapa aku buat camtu. Yang pastinya, tangan aku je yang automatik gerak sendiri. Kepala aku still lagi berserabut.

Kenapa suami aku balik lambat? Dia marah sangat ke? Apa yang aku dah buat? Kenapa dia tak nak pandang aku pun? Tiba-tiba je hati perempuan aku memberontak. Air mata aku jatuh setitik demi setitik. Makin difikir, makin laju pulak air mata aku jatuh.

Tiba-tiba, aku terasa tanganku digenggam erat. Aku diam je tapi air mata aku tumpah lagi banyak. Tangan aku yang lagi satu masih lagi memetik- metik suis lampu. Suami aku bangun perlahan-lahan dan duduk di hadapanku. Dia menarik tanganku dari lampu itu.

“Kenapa ni Maya?” Aku diam. Tak nak jawab, “Maya?” soal suami aku lagi. Aku memandang wajahnya dan merenung jauh ke dalam mata yang tersayang tu, “Kenapa abang buat Maya macam ni?” dia melarikan bola matanya, “Abang marah sangat ke ngan Maya?”

“Yer ah… dah sehari suntuk abang try contact Maya, Maya takde. Nak…. “ belum sempat dia mengabiskan ayat, aku memotong, “Kan Maya dah kata… Maya tertinggal handphone kat rumah.”

“Abis tu… abang call office… diorang kata Maya meeting ngan client, meeting ngan client. Client mana yang Maya jumpa sampai sehari suntuk tu?”

Aku menelan air liur, sedu aku makin menjadi, “Maya ingat nak buat surprise untuk abang. Penat je Maya masak sedap-sedap untuk abang,” suamiku menyeka saki-baki air mata kat pipiku. Sambil tu, muka dia berkerut, “Surprise apa?”

Dengan automatiknya aku memegang perut, “Maya pegi klinik tadi…” belum sempat aku abis cakap, suami aku dah melompat daripada katil, “Maya?” dia meminta kepastian daripada aku. Aku hanya mengangguk dan tersenyum, “Maya mengandung.”

“Eh, Maya… betul ke ni? Eh… erm… ma… abang… Maya…,” excited sangat agaknya suami aku ni, aku dah tak paham apa yang dia cakap. Saat tu, something terdetik kat ingatan aku. Aku baru je teringat yang suami aku ni sangat manja. Patutlah dia mengamuk, dah sehari tak dengar suara aku. Aku terus mencapai tangan kanan suamiku dan mengucupnya.

“Abang, Maya mintak maap kalau buat abang risau… Maya tak berniat pun nak bohong.”

“Ya Allah… Maya!!… abang yang salah,” suamiku mencium dahiku, lembut. Aku melepaskan nafas lega. Perasaan happy aku tadi terus melonjak balik.

“Eh… erm… apa yang Maya masak sebenarnya?”

“Kenapa?”

“Abang kelentong je tadi. Abang tak makan lagi sebenarnya.”

“Lah… ye ker?” aku pun tak sedar yang aku tak makan lagi. Tu ah… nak sedih sangat.

#cReDitTo:kapasitor.net

SAYANG YANG HILANG



Rina sedang menyiapkan makan malam ketika aku tiba di rumah. Aku memegang tangannya dan berkata, “ Abang ada sesuatu nak beritahu”. Dia membisu dan dapat ku lihat keresahan di matanya.

Tiba-tiba lidahku kelu. Tapi aku nekad untuk memberitahunya. “Abang rasa kita sudah tidak serasi lagi. Kita cerai?”.Akhirnya, terlepas jua beban di dada. Tapi ku lihat Rina tenang dan dia hanya bertanya dengan lembut. “Mengapa bang? Apa salah saya?”. Giliran aku membisu dan ini menimbulkan kemarahan Rina. Air matanya mula menitis. Aku tahu dia mahukan jawapan tapi aku tiada jawapannya. Yang ku tahu, hatiku kini milik Tasya. Cintaku bukan pada Rina lagi.

Aku katakanya padanya yang dia boleh ambil rumah dan kereta apabila kami bercerai. Rina merenung wajahku.Pandangannya kosong. 10 tahun kami berkahwin tetapi malam ni kami umpama orang asing. Aku kasihankannya tetapi untuk berpatah balik tidak sesekali. Aku cintakan Tasya. Air matanya yang sekian tadi bertakung mula mengalir deras. Sudah ku jangka. Malah aku lega melihatnya menangis. Niatku untuk bercerai semakin jelas dan nyata.

Keesokannya, Rina mengatakan dia tidak mahu apa-apa dari penceraian kami melainkan tempoh 1 bulan. Dia meminta bahawa dalam satu bulan itu kami teruskan rutin harian kami seperti biasa sebagai suami isteri. Alasannya, anak kami bakal menduduki peperiksaan dalam masa sebulan lagi dan dia tidak mahu anak kami terganggu dengan penceraian kami. Aku bersetuju.

Kemudian Rina menyuruhku mengingat kembali saat aku mendukungnya ke bilik kami pada malam pertama kami. Dia meminta untuk tempoh sebulan ini, aku mendukungnya keluar dari bilik tidur kami ke pintu depan setiap pagi. Pada ku memang tidak masuk akal. Tetapi aku tetap bersetuju.

Aku memberitahu Tasya permintaan Rina. Dia ketawa dan hanya mengatakan ini semua kerja gila. Tidak kira apa muslihat Rina, dia tetap akan diceraikan. Aku hanya diam membatu.

Semenjak aku menimbulkan isu penceraian, kemesraan kami terus hilang. Hari pertama aku mendukungnya keluar, aku merasa kekok. Rina juga. Anak kami bertepuk tangan di belakang sambil ketawa dan berkata, “Ayah dukung ibu ya”. Kata-katanya amat menyentuh hatiku. Mata Rina bergenang dan dengan lembut dia memberitahuku agar jangan sampai anak kami tahu yang kami akan bercerai. Aku mengangguk setuju. Aku menurunkannya di muka pintu. Dan kami memandu berasingan ke tempat kerja.

Masuk hari kedua, hilang sedikit rasa kekok. Rina bersandar di dadaku. Dapat ku cium harumannya. Dapat ku lihat kedutan halus di wajahnya Aku sedar dia tidak muda lagi seperti dahulu. Ternyata perkahwinan kami memberi kesan kepadanya. Selama satu minit, aku tertanya-tanya apa yang telah aku lakukan.

Masuk hari keempat, aku dapat rasakan keintiman kami telah kembali. Tanpa sedar hatiku berkocak mengatakan mungkinkan cintaku masih padanya. Hari kelima dan keenam, aku menyedari keintiman kami mula bercambah kembali. Aku tidak memberitahu Tasya tentang perkara ini. Masuk hari-hari seterusnya, rutin ini jadi lebih mudah malah aku nantikannya setiap pagi.

Suatu pagi, Rina sedang memilih baju untuk dipakai. Katanya tiada yang sesuai. Dia mengeluh. “Semua baju saya besar”. Baru ku sedar, dia semakin kurus. Mungkin itu jugalah sebabnya aku semakin mudah mendukungnya. Tiba-tiba terlintas di fikiranku. Mungkin Rina sedang menyembunyikan keperitan hatinya lantaran sikapku selama ini. Tanda sedar aku merangkul tubuhnya dan membelai rambutnya.

Kemudian, muncul anak kami di muka pintu sambil berkata “ Ayah, cepat lah dukung ibu keluar”. Padanya, melihat aku mendukung keluar isteriku setiap pagi adalah rutin hariannya. Rina memanggil anak kami lalu memeluknya erat. Ku palingkan mukaku kerana takut aku sndiri mengubah fikiran di saat ini. Aku kemudian mendukungnya dan tangannya melingkari leherku. Tanpa sedar, ku eratkan rangkulanku. Dapat ku rasakan badannya sangat ringan.

Hari ini genap sebulan. Di muka pintu aku menggenggam tangannya dan berkata “ Abang tidak sedar yang selama ini kita kurang keintiman”. Aku terus melangkah ke kereta dan terus memandu ke pejabat. Sesampainya di pejabat, aku terus ke bilik Tasya. Sebaik pintu terbuka, aku masuk dan aku beritahu dia “Maaf Tasya. Saya tidak akan bercerai dengan Rina. Sekarang saya sedar saya masih cintakan dia”.

Muka Tasya berubah merah. Tapi ku kata jua,“Maaf Tasya. Saya dan Rina tidak akan bercerai. Perkahwinan kami membosankan mungkin kerana saya tidak menghargai apa yang kami ada dan kongsi selama ini, bukan kerana kami tidak lagi menyintai satu sama lain”. Tasya menjerit sekuat hati dan aku terus melangkah keluar.

Aku kembali ke kereta dan niat hatiku mahu pulang ke rumah dan memohon maaf dari Rina, isteriku. Aku singgah di sebuah kedai bunga untuk membeli sejambak tulip merah kesukaan Rina. Aku capai sekeping kad dan ku tulis, “Abang akan dukung Rina setiap pagi hingga maut memisahkan kita”.

Setibanya di rumah, aku terus berlari ke bilik kami dan mendapati Rina terbaring tenang di atas katil. Ku belai wajahnya sambil memanggil namanya tapi tiada sahutan. Rina kaku. Hatiku berdetak keras.

Kini Rina pergi untuk selamanya. Perpisahan yang ku pinta ternyata ditunaikan. Sekian lama Rina berperang dengan KANSER RAHIM tetapi aku begitu sibuk dengan Tasya untuk menyedarinya. Rina tahu bahawa dia akan mati tidak lama lagi dan dia mahu menyelamatkan aku daripada reaksi negatif dari anak kami, sekiranya kami tetap bercerai. Rina mahu sekurang-kurangnya di mata anak kami, aku adalah suami yang penyayang.

Perkara-perkara mudah dan ringkas yang anda lakukan bersama adalah yang sebenarnya penting dalam perkahwinan. Bukan banglo, kereta, harta, dan wang di bank. Semua itu hanya wujudkan persekitaran yang kondusif untuk kebahagiaan tetapi tidak dapat memberi kebahagiaan pada kita.

Jadi carilah masa untuk menjadi sahabat kepada isteri/suami anda dan lakukan perkara-perkara kecil untuk satu sama lain yang membina keintiman. Binalah kemanisan rumah tangga anda. Hargailah setiap pengorbanan pasangan anda..

MAMAT JIWANG vs MINAH BRUTAL



Isnin (MULA2 BERKENALAN di stesen ktm)

Mamat : Assalamualaikum.. Hai awak, saya nak berkenalan dengan awak boleh tak..?
Minah : Waa'laikumussalam.. Boleh, tapi kene jumpa mak bapak aku dulu.. Minta izin.. Kalau mak bapak aku bagi, aku on je..
Mamat : Waaa.. Boleh tahan ek awak ni.. Ok saya jumpa mak... bapak awak.. Bagi alamat rumah awak..
Minah : Ni i/c aku, c


epat la salin alamat aku..
Mamat : Tangan menyalin sambil tersenyum2 (dalam hati : Ceh malas betul punya minah.. Takpe2.. Waa nama NURUL IMAN.. Lembut je nama tapi perangai brutal tol..)

Selasa (SAAT SI MAMAT JUMPA MAK BAPAK SI MINAH)

Mamat : Assalamulaikum pak cik mak cik.. Sihat..?
Pakcik & Makcik : Waa'laikumussalam.. Alhamdulillah kami sihat.. Tapi, anak ni siape..?
Mamat : Saya MOHD AIMAN.. Saya datang jumpa makcik dengan pakcik ni sebab nak mintak izin nak berkenalan dengan anak pakcik yang bernama NURUL IMAN..
Pak cik : Alhamdulillah.. Ade lagi pemuda yang gentleman macam kamu ni lagi ye zaman sekarang.. Sebenarnye, kamu la pemuda anyg pertama datang mintak izin sebelum nak berkenalan dengan anak pak cik NURUL IMAN tu..
Mamat : (Dalam hati : waaa bangge aku sebagai seorang lelaki sejati..)
Mak cik : Sebelum2 ni tak de siape yang berani datang.. katenye si NURUL IMAN tu garang sangat orang nye.. Sebenarnya tak.. Si NURUL IMAN tu orang nye lembut sangat, sopan, budi bahasa, rajin dan agama nye pun baik..
Mamat : Sambil angguk2 dan tersenyum2 mendengar cerita mak bapak minah (dalam hati : ceh.. Lembut ke..? Sopan ke..? Budi bahasa ke..? Takde gaye langsung.. Takpe2.. Wait n c minah..)
Pakcik : Pak cik izinkan anak berkenalan dengan anak pakcik NURUL IMAN…
Mamat : Terima kasih pakcik makcik..

Rabu (BILA DAH DAPAT KEIZINAN..)

Mamat : Awak parents awak dah izinkan saya berkenalan dengan awak..
Minah : Sso what..? Ade aku kisah..
Mamat : Tersenyum dalam kebengangan (dalam hati : eh2.. Sabar hati.. Sabar…)
Minah : Wei aku nak jumpa mak bapak ko pulak.. Ni fon aku, ko salin kan alamat ko.. Pastu save message..
Mamat : Awak nak wat pe jumpa ibu ayah saya..? (sambil tangan laju menaip alamat umah dan save message)
Minah : Yang ko sibuk kenape..? Macam mak nenek.. Banyak tanye.. Esok ko jangan ade dekat umah dari jam 11 a.m sampai jam 12 p.m, ko merayap la kemane2 pun... Kalau ade gak kat umah, aku bakar ko hidup2 depan mak bapak ko.. Paham..?
Mamat : Ok2.. Awak, saya nak no. tepon awak..? Mane lah tau lkaau rindu2 nanti boleh calling2..
Minah : Ooiiitt.. Geli aku.. Rindu2 ingat aku ni bini ko ke..? Nak termuntah aku dengar.. Ko call je 999 mintak no. tepon aku kat dorang.. Kompem dapat.. Dapat pelempang.. Hahahahaha..
Mamat : Senyum jela (dalam hati : eieieieieieieieieeieiieieie… Geram nye aku.. Takpe2.. Sabar hati.. Sabar)

Khamis ( APABILA MAMAT BALIK KERUMAH SELEPAS JAM 12 pm)

Ibu : MOHD AIMAN.. Sampai hati senyap2 ye.. Taknak kongsi langsung kat ibu ngan ayah ye..
Mamat : Apa ibu cakap ni..? Aiman tak paham la.. (dalam kepale sambil memikir apa sebenarnye telah terjadi)
Ayah : MOHD AIMAN.. Jangan nak main nyorok2 lah kami dah tau.. Tadi jam 11, GIRLFRIEND kamu datang.. Ayah berkenan lah kalau dia jadi menantu ayah..
Ibu : Ibu pun setuju.. Cantik, sopan, budi bahasa, pandai masak, pandai amik hati orang tua.. Seronok ibu kalau dapat menantu yang boleh jadi kawan ibu.. Kalau kami masuk meminang NURUL IMAN minggu depan cane MOHD AIMAN.. Kamu setuju..?
Mamat : Kalau ayah dengan ibu setuju dan suka, terus kan jela niat nak masuk minang NURUL IMAN tu… (dalam kebingungan : Sejak bile pulak aku ade GF ni.. GIRLFRIEND yang dicakapkan oleh ayah dan ibu adalah minah a.k.a NURUL IMAN.. peerrrrrr.. Gila la aku dah lah tak kenal sape minah tu.. Brutal pulak tu tetibe je ibu ayah nak wat menantu.. Tak pe.. Jalan je.. Ade sesuatu kat NURUL IMAN tu sampai ibu dengan ayah pun suka.. Hihihi)

Jumaat (HALAL & HARAM)

Mamat : Awak, minggu depan ibu ayah saya nak masuk meminang awak.. Takpe ke awak..?
Minah : Ko setuju ke mak bapak ko minang aku..?
Mamat : Setuju
Minah : Dah ko setuju, wat pe tanye aku lagi.. Ape la.. Cume aku nak kalau kite b’tunang aku cume nak barang hantaran telekung, sejadah dan al - quran yang ko khatam kan je.. Duit hantaran ikut suke ko nak bagi berape.. Aku tak kisah.. 10 sen pun aku terima.. Pastu 2 minggu je bertunang dan pastu kawin.. Dah kite tutup kes ni..
Mamat : Amboi dasyat tol awak ni.. Awak ni garang la tapi sweettt.. ( Sambil tangan mamat nak pegang tangan minah)
Minah : Oooiiittttttttt setan.. Kuar la ko dari badan mamat ni.. Ko tau tak HARAM sentuh orang yang bukan mahram selagi ko tak lafaz “AKU TERIMA NIKAHNYA” selagi tu ko HARAM nak sentuh aku.. Ko ade wudu’ tak..?
Mamat : Takde.. Nak wat pe..?
Minah : Ko g amik sekarang.. Cepat la..
Mamat : Merungut dalam hati sambil kaki melangkah mencari paip untuk berwudu’ (eiei minah ni cube la cakap sopan sikit ngan aku.. Garang macam singe.. Singe pun tak macam dia..)

SEKEMBALI MAMAT DARI MENGAMBIL WUDU’

Mamat : Awak, saya dah amik wudu’.. Awk nak saya buat ape..?
Minah : Diam la.. Banyak bunyi la ko ni.. Nah amik ni AL-QURAN.. Ni HALAL untuk ko pegang 24 jam pun, cium, pelok pun boleh.. Pahale bergande 1000x kalau ko bace.. Ha… Aku nak ko hafaz juzu’ 30.. Minggu depan kita tunang aku tau ko da hafaz semua surah dalam juzu’ 30 tu..

Jumaat (SEMINGGU SELEPAS BERTUNANG)

Mamat : Awak ape kate kite tukar panggilan.. Saya panggil awak SAYANG dan awak panggil saya ABANG..
Minah : Ooiiiittt.. Geli aku nak panggil ko abang.. ABANG tu hanya SUAMI aku je.. Ko tu bukan suami aku lagi.. Baru tunang nak gempak2.. Bla la wei… Ha daripada ko dok ngarot yang bukan2, ko da hafaz lom juzu’ 30..?
Mamat : Emmmmmmm.. Dah2.. Nape..?
Minah : Ha.. Ha cube bace kat aku ape yang ko hafaz..
Mamat : (Dengan mulai dengan surah al - fatihah dan seterusnye membace semua surah juzu’ 30 tu sampai habis..)
Minah : Alhamdulillah.. Pas ni ko bace pulak makne2 surah dalam juzu’ amma tu.. Minggu depan aku nak dengar ko bercerite depan aku…
Mamat : Daa macam peserte pertandingan hafazan dan bercerite pulak (cakap dalam nada slow)
Minah : Ooiitt ko kutuk aku ek..? Takpe2..
Mamat : Mane ade.. Awak memang cantik comel..
Minah : Dah2.. Jangan nak cakap lagi.. Aku tau dah aku memang cantik comel.. Sebab tu ko soh mak bapak ko minang aku kan..?
Mamat : Tersenyum (Dalam hati : Ceh masuk troli sorong sendiri la weii..)

Jumaat (2 MINGGU SELEPAS BERTUNANG)

Mamat : Awak2.. Awak tak rase ke apa yang saye rase..? Saye rase macam ade sesuatu yang indah antara kite berdua la.. Setiap kali ingat awak mesti terase yang awak dekat sangat dalam hati saya..
Minah : Ooiitt yang ko nak berjiwang karat sangat ni nape..? Bengkak telinge aku dengar.. Ko ingat ko berjiwang2 ni aku cair ngan ko.. Jangan harap la weii.. Dah2.. Sekarang ko cerita kan dekat aku kisah2 dalam juzu’ amma tu..
Mamat : (Dalam hati : Dia ni memang takde perasaan langsung.. Baru nak jiwang2 dah tak boleh.. Takpe.. Sabar hati.. Sabar..)
Minah : Ooiitt berangan plak.. Aku soh cerite bukan berangan.. Cepat la cite aku nak dengar..
Mamat : Sabar la.. Ngah susun ayat ni.. (Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. Dia memulakan kisah dari 1 surah ke surah yang lain hingga khatam dalam juzu' amma tu)
Minah : Alhamdulillah.. Minggu depan kita nikah.. Aku nak sehari sebelum kite nikah ko wat qiamulllaill.. Allah tu Maha Melihat.. Kalau ko tak wat, ko tunggu la mase ko lafaz aku terime nikahnya mesti ko tersangkot2..
Mamat : Taknak la la sy.. Malu la tersangkut2.. Ok2.. InsyaAllah saya wat..
Minah : Tau pulak malu.. Ok.. Lagi 1, hari nikah tu aku nak ko senyum je sepanjang majlis.. Tak kisah la waktu tu ko sedih ke kecewa ke.. Yang aku nak tengok, ko senyum je.. Paham..?
Mamat : Faham.. Awak saya teringin nak tengok awak senyum.. Senyum la awk.. Mesti manis.. Selalu tengok muke garang awak je.. Senyum la sikit wak..
Minah : Ade.. Ade aku kisah.. Tak boleh.. Kalau nak tengok sangat aku senyum, tunggu hari kite nikah t.. Mesti ko tak boleh tidur pas tengok senyuman aku yang menggoda sangat ni tau.. Hahahahahahahaha..
Mamat : Emmmmmm.. Yelaaaaa..

Jumaat (HARI PERNIKAHAN)

Mamat : Dengan sekali lafaz.. “AKU TERIMA NIKAHNYA NURUL IMAN BINTI ISHAK DENGAN MAS KAWIN 80 RINGGIT TUNAI..”
Tok kadi : Sah3..
Minah : Alhamdulillah (Terus dia sujud syukur tanpa menghiraukan orang sekeliling dia)

(SAAT MEMBATALKAN AIR SEMBAHYANG)

Minah : Terima kasih ABANG kerana sudi mengambil NURUL IMAN sebagai isteri abang. Bimbinglah AYANG menjadi isteri yang solehah.. (sambil tangan terketar-ketar tok salam dan cium tangan suci suaminya)
Mamat : Subhanallah.. Terima kasih SAYANG sudi terima ABANG sebagai suami mu.. (sambil mengucup dahi isteri tercinta)

(MALAM PERTAMA)

Mamat : Sayang , abang tak sangka pulak rasenye belum sebulan kite kenal.. Tetibe je dah kawin.. Ajaib betul..
Minah : Tu namanye jodoh.. Kekuasaan Allah bang.. Kite hanya merancang tapi Allah juga yang menentukan segalenya..
Mamat : Sayang boleh abang tanye sesuatu..?
Minah : Tanya la abang,. (Dengan nada suara yang manje)
Mamat : Nape sayang dulu garang sangat ngan abang..? Tapi bile dengan orang tua abang n orang tua sayang cakap sopan..?
Minah : Maafkan sayang abang.. Ayang bukan sengaje nak berkasar dengan abang.. Ayang wat semua tu sebab nak uji sama ada abang sabar tak dengan karenah ayang.. Ayang nak abang terima ayang dengan seadanya.. Sebab sayang taknak kite hilang kemanisan cinta selepas berkawin gare2 abang dah sentuh ayang sebelum kawin.. Ni sekarang kite dah kawin.. Ayang milik abang.. Abang boleh sentuh ayang tanpa kene sound ngan ayang lagi.. Hihihi.. Abang nape abang kawin dengan ayang..?
Mamat : Subhanallah… Terima kasih sayang ku kerana menjaga batasan kita selama ini.. Abang pilih sayang kerana Allah.. Lepas abang wat qiamullai yang sayang suruh wat sehari sebelum nikah baru la abang dapat jawapan bagi perasaan yang tersembunyi antara kita berdua iaitu perasaan cinta.. I LOVE U SAYANG.. Waktu tu juga abang baru sedar ape hikmah nye kenape sayang suruh abang menghafal juzu' amma dan membace terjemahan nye.. Semua nya indah sayang.. Terima kasih sayang.. Sekarang pun abang sedang berusaha menghafal juzu’2 yang lain…
Minah : Alhamdulillah ya Allah kau kurniakan aku suami yang soleh (sambil tangan ye menadah doa) Abang, nape abang bagi ayang banyak sangat duit hantaran RM 20 ribu dengan kerete ALPHARD sebijik..? Kan ayang dah cakap kalau abang bagi 10 sen pun ayang terima..
Mamat : Sayang.. Anggap la tu hadiah daripada abang.. Berape sangat la nilai nye jika nak dibandingkan dengan nilai seorang isteri solehah cam ayang.. I LOVE U SAYANG UNTIL JANNAH..
Minah : I LOVE U TOOO ABANG.. UNTILLLL JANNAHTUL FIRDAUS.. AMINNNNNNN….

~*~ Perempuan yang garang luarannya sebenarye lembut hati nye. Garang dia kerana untuk menjaga maruah dan syariat Illahi. Jangan la dicaci maki perempuan yang garang itu, cume berilah nasihat InsyaAllah hati dia lembut mendengar nasihat mu...

#kOpiPasTa.

Real Proof : Teknik Psikologi Trafik Naikkan Trafik Website / Blog Anda

Ni adalah bukti teknik psikologi trafik adalah suatu teknik tarik trafik yang berkesan. Terima kasih kpd KARIM.MY kerana telah menggunakan blog ni sebagai responden..( nak try sndri plak lepas ni )








klik gambar untuk paparan lebih jelas. 

Klik sini untuk dapatkan teknik psikologi trafik secara PERCUMA