RINDU ITU MASIH ADA


       Gadis itu cinta pertama Ibn Hazm. Ya, Ibn Hazm adalah seorang ulama, tetapi beliau juga manusia biasa yang punya rasa cinta. Malah kisah-kisah cinta remajanya sama saja dengan kisah-kisah cinta remaja biasa. Gadis pertama yang dicintainya berusia 16 tahun sedangkan dirinya ketika itu berusia 18 tahun. Ibn Hazm benar-benar jatuh cinta dengan pemilik rambut perang itu. Gadis itu begitu cantik di pandangan matanya dan baik budi pekertinya malah pandai pula menyanyi.

       Kegilaan terhadap gadis itu menjadikan Ibn Hazm seorang perindu yang setia. Setiap hari, beliau akan menunggu gadis itu lalu di hadapan rumahnya. Apabila menyedari dirinya menjadi perhatian seorang lelaki, gadis itu akan malu-malu dan wajahnya merona merah.

       Ibn Hazm menulis mengenai cintanya terhadap gadis itu di dalam salah sebuah bukunnya, "Saya masih ingat, kerana kegilaan itu, saya selalu mengunjungi halaman rumahnya. Saya selalu mahu menuju pintu rumahnya supaya saya boleh berada dekat dengannya. Apabila dia melihat saya berdiri dekat dengan pintu rumahnya, dengan lemah lembut dia akan menjauhi saya dan pergi ke tempat lain. Lalu saya pun mengekorinya."

       Namun kisah cinta itu tidak berpanjangan. Ketika usianya 20 tahun, Ibn Hazm mengikut keluarganya berpindah ke Cordova Barat. Betapa beratnya hati Ibn Hazm untuk meninggalkan gadis pujaannya itu. Namun beliau juga tidak mempunyai kuasa untuk menghalang. Kesedihan semakin bertambah apabila tidak lama selepas itu, Ibn Hazm mendapat tahu, gadis itu telah meninggal dunia. Hancurnya hati menerima berita itu. Kelembutan dan kebaikan pekerti gadis itu serta merta bermain di matanya. Namun hanya doa yang mampu dikirimkannya.

       Ibn Hazm berkata, "Demi Allah, sehingga kini kesakitan akibat pemergiannya itu masih belum sembuh."

       Katanya lagi, "seandainya aku tidak yakin dunia ini adalah tempat manusia diuji dan syurga pula adalah tempat mengutip ganjaran, aku akan mengatakan hubungan antara sepasang kekasih adalah kebahagian tanpa kemurungan, kegembiraan tanpa kesedihan, kesempurnaan cinta dan puncak harapan."

#creditto::wangiansyurgadalamcintamu

0 kOmEn uNtuK BuDaK cOmoT:

There was an error in this gadget