job2.jpg

Hati Perempuan

12 Jun 2015

Aku tak kan lupa tarikh penting dan bermakna ni. Dekat 4 tahun juga la aku tggu status aku bertukar..
Walaupun aku hanya bertukar status sebagai tunangan ๐Ÿ’‘ orang.. aku dh bersyukur sangat..
Ada lah jugak orang nak kat aku kan..huhuhu.

Sekarang dah nak masuk 6 bulan.. ade masa lagi 8 bulan lebih untuk aku bergelar isteri... satu apa pun tak siap lagi.. bkn hantaran atau persiapan kahwin.. tapi persiapan diri ni.. masih tak matang.
in shaa Allah... sikap seseorang boleh berubah.. semoga aku berubah ke arah kebaikan.. aku hanya mendoakan yang terbaik buat diri aku ni.. amiin

 masa ni i bg jari kiri utk sarung cincin..
then My Mother In Low mnta tangan kanan..
i pon kelam kabut tanggal cincin yg ade kat jari kanan tu..
x senonoh kan..


alhamdulillah...cincin berjaya di sarungkan..
i nak nangis time ni... :'(


yang duduk di kerusi kanan tu umi dan abah i..
duduk kerusi kiri tu plak mak ngn abah i (bakal)..
sayang mereka..
terima kasih umi abah mak abah..


yeaa....jari i dah ade cincin..
cincin ni xde pilihan pon..
size jari i 8.. ni je yang ade..
so i rembat je..
masa ni i p beli ngn en.bopren..
dalam hujan...semua kedai cincin i pergi...
so kedai pertama jgk yg berkenan di hati.
sebenarnye x berkenan pn..tp seronok main hujan ngn en.bopren..
dy siap beli payung lagi..
so sweet..

itu lah kisah pertunangan aku.. kami tak berbalas hantaran. pihak laki bg tepak sirih terselit cincin. Jadi kami cuma bertukar buah tangan. Macam2 aku dapat dan keluarga aku ade berikan beberapa buah tgn untuk pihak laki.

Alhamdulillah semua berjalan lancar...

p/s: arghhh xsabar nak kawen.... ๐Ÿ’

LELAKI



"Lelaki...mengapa engkau kelihatan gagah ke masjid...untuk akad nikah...
Kemudian engkau menyepi...
Hingga akhirnya engkau terpaksa diusung ke masjid sebagai ‪‎jenazah"

LELAKI DAN BUNGA...BERPISAH TIADA


 
 Ingin saya ulang sekali lagi, lelaki dan bunga tidak dapat dipisahkan. but, why? kita sering dengar...perempuan dan bunga tidak dapat dipisahkan. Sebab perempuan tersangat meminati bunga. Tapi saya rase, yang selalu berdepan dengan bunga, adalah lelaki. Ya...lelaki....saya tegaskan di sini...

L E L A K I ....
Laki yang akan pergi beli bunga. Lelaki hebat dalam tanam bunga. Lelaki juga yang akan siram bunga, membaja bunga.
Perempuan? ? ?

copek.copek...lamo bona dh bini den tunggu tu.. cantas jo mano2...


P E R E M P U A N ....
Perempuan hanya pandai cium bunga dengan penuh drama. hehehehe.. "Wanginya, mana awk tahu saya suka bunga ni?"

Iyelkk... bunga apa takde bau ni..it's ok.. janji B U N G A. 

ok..berbalik pada tajuk.. LELAKI DAN BUNGA...BERPISAH TIADA. Sering kita kaitkan perempuan sebagai bunga dan lelaki sebagai kumbang.
kajang pak malau kajang berlipat,
kajang hamba tengah berhajat.
datang hamba tiada teman,
niat dihati nak memetik bunga ditaman.

Ok...cantik pantun diatas..hahaha. sape2 nak guna time pinang meminang, silakan. hehehe. its free for all.

Diringkaskan cerita. Ambil masa sejenak untuk berfikir.cuba uolls bayangkan dan letakkan diri kita di mana2 watak yang ada dalam cerita. 

Seorang lelaki yang hidup dia penuh REPEAT. hehe.. SLEEP+EAT+WORK and REPEAT. For whole of his life. So one day, he find a FLOWER. Beautiful flower. Dia sayang sgt kat bunga tu. Dijaga, dibaja, disiram. and REPEAT. Masa tu waa cakap sama luu, hidup gua happy giler arrr kan. ade bunga beb. mekar harum wangi semerbak. takan lepas dah. so terciptalah sudah bunga idaman menjadi bunga larangan. hehehe.. bungakan penyeri,harum dan takkan terlepas dek mata yang memandang. masa tu kalau ade org puji, "cantik bro bunga kau..pandai kau jaga..bagi baja ape?" haa...nak habaq mai,time tu lubang hidung duk kembang kempis kembang kempis...tak kempis2 pon x pa aihh..asal bunga ada di taman. itu masa mula2 la...tang dah sampai hujung2 tu..hat hujung tu yang payah ckit. BOSAN.. bohhhsan doowww...bunga yang dijaga rapi sebelum ni sudah dibiarkan sepi. mungkin ade lah dalam sekali dua, dia duk membebel kat bunga tu..

"u, bos i marah i."
"u u, bila u nak mekar ni syg?'
"eh, u... i tgk u ni dah makin bambam la.."
"u....."
"u...."
"u...."

Hari2 duk REPEAT hal sama, bosan jugak bro.. so kalau dah bosan, takkan nk buat lagi kan. By the way, tegur lah jugak kadang2 tu..nanti merajuk pula.. so balik keje, singgah jap kat taman.. "hai Bunga.". esok REPEAT semula "hai bunga.." esok pula "hai ..unga.." esok lagi "Ngaa" esok tu "AA" AA je....? ok la dr tak tegur langsung.. but.. patah balik. patah balik.. tgk bunga.. layu, lesu, kering... tgk botol air kat tangan..ada lagi air ni..tuang la cikit kt bunga. ok, ciap.. masuk umah. makan n tido. tapi sebelum tido, sempat la sekejap hati nurani tu terdetik bosan dan sunyi. hmm fikir punya fikir punya fikir...dapat la dia 1 idea untuk hilang kan sunyi yang melanda di jiwa.

den dah ponat nak siram baja semai gembur.. so den boli bungo PLASTIK ni. hari2 ado menemani den...sonang nk jaga.


Keesokkan harinya, alangkah pedihnya jiwa dan perasaan bunga di taman setelah melihat sejambak BUNGA PLASTIK di tangan lelaki. Kenapa nak sedih.?. itu cuma bunga plastik. PLASTIK. PLASTIK  so what the H**L.? Di lihat dari jauh kemesraan lelaki smbil membelai2 bunga PLASTIK. Kadang2 ade juga terdengar bualan mesra mereka. 

"u ni cantik...xpayah nk jaga2 sgt tp pandai jaga diri...i LOIKIT".
"walaupun u tiada bau, i tetap suka pegang2 n bau u. mekar u buat hari2 i sentiasa bersinar".
"u...itu".
"u....ini".
"u..u..u..n u..."

Its ok BUNGA. keep calm n stay cute. hehehe. mungkin kita perlukan seseorang untuk jaga kita. tp itulah kita. hanya seseorang tapi bukan semua orang. so, kita lagi mahal walaupun kita payah n menyusahkan. Disaat kita dibiar keseorangan, disaat itu kumbang-kumbang liar mencari teman. melihat bunga mekar tanpa dijaga, kumbang liar memberanikan diri menghampiri sebagai penyembuh lara dihati.. itu lah teknik kumbang. melihat bunga yang sedang layu, datang tak diudang. menadah telinga mendengar luahan.

hamboi hamboi...madah tak berhelah yang keluar..heheh 

normal..bosan maybe sudah menjadi lumrah bagi lelaki. sebetulnya lelaki bukan mudah bosan, cuma mereka suka perkara yang baru. setelah merasa bosan dengan kePLASTIKAN bunga mekar tanpa layu, lelaki mencari semula sang bunga di taman larangan. melihat banyak kumbang yang menghampiri bunga, lelaki berasa sangat marah. sebab bunga tidak pandai menjaga diri. sebab bunga tidak pandai menolak anasir anasir jahat. fulllamakkk aiihh... lelaki marah bunga sebab tak pandai jaga diri. yang dia duk sakan beri perhatian kat bunga PLASTIK tu pasai paaa? PLASTIK tu tak perlu dijaga cukup sekadar hiasan. ni, bunga yang sensitif kat taman tu..yang tu harus dijaga, dikawal, dibaja, disemai, disiram... hat tuuuu.. hat BUNGA mekar tu..faham ke idokk?. sebab BUNGA yang mahal, sangat payah untuk dijaga apatah lagi untuk difahami. hanya lelaki yang sebenar-benar lelaki sahaja memahami.. UAI kata, bukan cek kata..hehehe

ekau gangu bungo den...? brani bona mengganggu bunga larangan den ni yoo. akan den tampo2 ekau ni sopoti kokodal..

menyosal sudah tiada guna. nak mohon maaf, tunggu rayo..sekarang den x kuasa doo nk dongar maah-maah ni..den ponekkk... ponek nak mekarkan diri sendirian..ado ko bunga boleh kombang tanpa siram, tanpa baja..? ingat den ni bungo kombang pagi ko..? dah.. mulai hari ni..den nak jadi kaktus pula.. sonang. den sendiri mampu jaga diri..sampai maso, den jadi orkid pula..hehe.. ape ade hal..den tulis...den buek cito...suko hati den la nak jadi apo pon.. yang ponting bukan BUNGO PLASTIK.

saya yakin, sampai masa awk akan datang juga pada saya walau siapa pun saya ketika itu.

cerita yang saya karang ni tiada kene mengena ngn sesiapa..kalau terkena, maknanya, panahan saya tererr la..hehehe. sekadar suka-suka. kita tahu, dalam berpasangan ade pelbagai ragam. tapi itu yang kte kena tempuh..sebab kita dah janji nak menuju kebahagiaan dengan mereka. kita pilih dia, so telan jela ape yang dia buat selagi tidak melanggar hukum ALLAH. kalau nak pasangan faham perasaan kita, kita pun cuba lah faham perasaan dia. bertolak ansur. saya mengaku, perempuan memang payah nak faham. hari ni kata lain, esok lain pulak. tp kalau p mai pi mai...tang tu juga dy nak.. PERHATIAN. nak buat cmna, perempuan memang suka orang ambil perhatian lebih. kalau tak suka, p lah berpasanagn ngn lelaki. hehehe.. mnta jauh naa...

L: Cinta lelaki lagi kuat daripada perempuan? walaupun kita selalu dengar lelaki mainkan perempuan tapi tu sebab diorang tak sayang, kalau betul diorang sayang jangan harap diorang nak pandang perempuan lain. Lagipun lelaki susah nak jatuh cinta "tu yg mahal" hanye perempuan yang betul dia sayang ja boleh cairkan hati dia, Kalau perempuan? datanglah lelaki yg ambil berat, selalu text, cairlah diorang "senang sangat" tambah lagi bila tengah ada masalah dengan pasangan, berpisah la jawabnya.
 *Kalau dah ada lelaki yg betul sayangkan korang tak perlu mencari yang lebih baik sebab itu akan melukakan hati lelaki tersebut lelaki jugak ada perasaan, HARGAILAH LELAKI. Lelaki pun manusia biasa jugak
itu kata lelaki..tapi mcna pula kata perempuan? 

P: I will love you forever, in this life and in the next -
Together, Forever and Always
ni before masalah melanda.

P: Sometimes, I want to disappear just to see 
if anyone would MISS me.
hat ni after masalah di jiwa meracau + meroyan

Jadi jelas lah dalam hidup kita, tidak ade yang lebih sempurna selain dari-Nya.. Allah Maha Pencipta. Dia mencipta seketul daging. HATI. di situ ade 1001 perasaan yang kita sendiri tidak dapat fahami. marah, sayang, benci, cemburu, gembira dan pelbagai rasa lagi. yang pasti rasa itu telah mengajar kita erti sebuah keredhaan. redha perlu dicari kerana kita akan merasai nikmatnya ikhlas. 

LELAKI merujuk kepada lelaki, suami, bopfren, and seangkatan dengannya.
PEREMPUAN merujuk kepada perempuan.
BUNGA merujuk kepada perempuan isteri, gelpren, dan sejantina dengannya.
BUNGA PLASTIK merangkap perampas, penggoda, pisau cukur, kikis duit, kukur kelapa segala bahan perosak.
KUMBANG merangkap lelaki malaya, gentlemen, pencinta wanita (niat hati mereka, kite x tau.)





     

Gilerzzz...


hari ni saya nak ajar uols buat perkara paling awesome dengan roomate or housemate or whoever u want. hehe just for yippy happy wippy pppp... ^_^

Setiap hari Jumaat, pack segala barang korang dan bagitau kat roommate korang yang korang nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik dan terangkan bahawa takde orang kat rumah. Unpack segala barang korang dan pegi sambung tido.


Setiap kali roommate korang balik, jerit sekuat hati "horee…kau dah balik". Lepas tu menari-nari dlm minit. Lepas tu, tenung jam lama-lama dan tanya dia "Sepatutnya kau dah blah dah skrg"


Buat-buat terjaga pada tengah malam, jerit kuat-kuat "Tolong, kat mana aku berada ni?" dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecik, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tido. Esoknya kalo dia tanya, pura-pura tak tahu apa yg dia cakap.


Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan korang. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata "Dah merebak… dah merebak!"


Beli pepokok bonsai. Bercakap dan tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap "Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi" sambil keluar dan menghempaskan pintu bilik dengan kuat. Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.


Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata "Tak lama lagi…tak lama lagi…"


Duduk di depan papan chess dua tiga jam tanpa buat apa-apa atau cakap apa-apa. Lepas tu bangun secara tiba-tiba sambil berkata, "Siot betul, kalah lagi".


Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. Lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat "Horee…!". bukak lampu semula.


Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap "Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda …" Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata "Eh, kau rupanya…"


Kata kat roommate "Ada pesanan penting untuk kau". Lepas tu buat-buat pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yang korang dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap "Eh…aku dah ingat". Lepas tu pengsan balik.


Bila roommate korang balik, berpura-pura tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bahawa yang telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.


Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bahawa korang kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.


Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate korang hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu.Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate korang.


Bila roommate korang tutup lampu pada sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat-buat muka bodoh dan confused.


Duduk dan tenung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member-member sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.


Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.


Kalau roommate ada binatang peliharaan macam kucing, offer utk beri makan kat binatang tu. Cepat-cepat keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kat kau.


Pegang dan gosok-gosok rambut roommate korang sambil berkata "Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la …Macam teknik rebonding…". Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.


Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dalam 10 orang bace yasin ramai-ramai. Bila rumet korang terjaga pakat-pakat buat tak nampak ape-ape.


Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok-tengok ada mayat.


camat mencuba.. sesekali menjadi gilers...itsokeyh laa..


Hanya SATU!

   
 Dengan lafaz... "ุจِุณْู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู…ِ ุง๏ทฒِุงู„ุฑَّุญْู…َู†ِ ุงุงุฑَّุญِูŠู… ", aku menulis keranaMu...ikhlas dari hati.

          Apa yang aku rasa, aku tidak pasti ianya datang dari Allah atau datang dari syaitan. Sungguh, berat untuk aku luahkan. Siapa aku? Siapa dia? Siapa kau? Kita adalah makhluk Allah. Makhluk yang Allah berikan akal untuk berfikir. Tapi berapa ramai antara kita yang mampu berfikir? Aku? Erm... Aku masih berfikir dan terus berfikir... Sampai bila? Sehingga hakikat yang sudah tentu tiba, iaitu Mati. 

          Hidup ini bukan untuk berbalas-balas.. Hari ini hari dia, esok hari kita. BUKAN!. Hidup ini adalah perjalanan untuk kita menempuh sebuah hakikat (mati) dengan membawa pelbagai bekalan yang cukup. Bekalan itu yang mampu membawa kita ke destinasi yang terakhir. Jangan kata, kita diberi pelbagai peluang dan pilihan. Sebenarnya kita hanya ada Satu peluang dan Satu pilihan... Peluang untuk mengumpul PAHALA dan Pilihan untuk masuk SYURGA. Kenapa kita mesti pilih yang teruk (Dosa/Neraka) sedangkan Allah sudah beri yang terbaik untuk kita.. 

          Aku pilih untuk kebaikan Jasad aku dan kemuliaan Roh aku. Kalian?

Waallahua'lamm.. wasalam.