job2.jpg

DITEGUR ALLAH


Nabi Daud telah memiliki beberapa orang isteri tetapi beliau jatuh cinta lagi kepada Sabigh binti Sya'igh, gadis cantik yang sudah bertunang dengan salah seorang anggota tenteranya, Urai bin Hanan. Ketika itu, Uria sedang bertugas di satu daerah dalam negeri itu. Suatu hari, dua orang pemuda datang menemui Nabi Daud di istana. Pada ketika itu, Nabi Daud sedang mengasingkan diri untuk beribadat kepada Allah. Nabi Daud terkejut dengan kedatangan mereka.

       "Maaf, kami tetap mahu menemuimu walaupun dihalang oleh para penjaga pintu istana. Kami mahu mendapatkan bantuanmu bagi memutuskan masalah kami." kata salah seorang pemuda itu.

       "Apa masalah kamu berdua?" Tanya Nabi Daud."Saudaraku ini memiliki banyak kambing sedangkan aku hanya memiliki seekor kambing. Saudaraku ini mahu memiliki kambingku yang seekor itu," jawab pemuda pertama.

       "Benarkah begitu?" Nabi Daud bertanya kepada pemuda kedua. Pemuda itu mengangguk. "Tidakkah kamu malu? Kau sudah memiliki banyak kambing. Mengapa masih mahu memiliki kambing saudaramu yang cuma seekor itu? Kau sudah melakukan kezaliman kepada saudaramu sendiri," kata Nabi Daud kepada pemuda kedua dengan marah.

       Tiba-tiba kedua orang pemuda itu tersenyum. Nabi Daud kehairanan. "Wahai Daud, sesungguhnya engkau juga perlu malu. Kau sudah memiliki ramai isteri tetapi masih mahu memperisterikan tunang salah seorang anggota tenteramu yang sedang berjuang di jalan Allah," kata kedua orang pemuda itu.

       Nabi Daud terdiam. Kini beliau tahu, dua orang pemuda itu adalah malaikat yang dijelmakan Allah dalam bentuk manusia bagi menyedarkan kesilapannya. Nabi Daud terus sujud dan bertaubat kepada Allah. Setiap hari Nabi Daud bermunajat memohon ampun kepada Allah. Atas takdir Allah, tunang Sabigh syahid dalam pertempuran yang disertainya. lalu Allah menggerakkan hati Nabi Daud bagi meminang Sabigh. Allah tetap menunaikan impian Nabi Daud walaupun setelah ditegur oleh-Nya.

Wangian Syurga Dalam Cintamu.

0 kOmEn uNtuK BuDaK cOmoT: