job2.jpg

CINTA SEORANG PUTERI


Seluruh Mesir bergembira dengan perkahwinan puteri salah seorang bangsawan di negeri itu. Apatah lagi, anak gadis dari latar belakang keluarga ulama itu dinikahkan dengan Imam Ibnu Hajar yang juga salah seorang ulama besar dan terkenal. Usianya ketika itu baru 18 tahun dan suaminya pula 25 tahun.

       Puteri itu bernama Uns. Beliau sangat mencintai ilmu dan suaminya pula sering menjadi tempat rujukan ilmu. Sesungguhnya setiap aturan Allah itu benar-benar indah. Keindahan cinta yang disulam menambahkan keberkatannya. Uns begitu setia di sisi Ibnu Hajar. Kedudukannya sebagai puteri bengsawan tidak pernah sesekali membuatnya berbangga diri. Malah ramai pelajar suaminya turut meminta bantuan Uns bagi mengajarkan hadis sehingga Uns akhirnya turut dikenali sebagai ahli hadis wanita ketika itu. Dalam masa yang sama, beliau tetap menjalankan tanggungjawab sebagai isteri. Segala keperluan Ibnu Hajar diuruskan dengan baik. Malah beliau juga rajin memasakkan hidangan istimewa untuk para pelajar suaminya itu. Uns sangat mencintai suaminya. Suaminya menjadi sahabat, teman bergurau senda, guru yang mengajarnya pelbagai ilmu dan kekasih yang amat dicintai.

       Ibnu Hajar juga bersyukur memiliki Uns sebagai isteri dan sangat berterima kasih dengan gurunya, Ibnu Qotton ynag menjadi perantara mereka. Setiap kali Ibnu Hajar perlu meninggalkan keluarganya untuk menuntut atau mengajar, beliau pasti merindui isterinya. Kerinduan itu pula akan dinukilkan di dalam syair-syair cinta untuk isterinya. Betapa indahnya cinta yang disandarkan hanya kepada Allah.

       Tibalah masanya Imam Ibnu Hajar dijemput kembali oleh Allah. Alangkah sayu hati Uns ditinggalkan suami yang sangat dicintainya. Uns redha dengan takdir Allah. 15 tahun selepas pemergian suaminya, Uns masih setia dan tidak pernah berkahwin. Beliau menghabiskan sisa umurnya dengan mempelajari dan menyampaikan ilmu hadis.

       Inilah kisah cinta yang hidup dalam keserasian dan berdiri di atas nama cinta kepada Allah.

Wangian Syurga Dalam Cintamu.

0 kOmEn uNtuK BuDaK cOmoT: