job2.jpg

SIKAP RASULULLAH


SIKAP RASULULLAH SEHARI-HARI UNTUK KITA CONTOHI DALAM BERUMAH TANGGA.

Kalau pakaiannya ada yang koyak, Rasulullah segera menampalnya sendiri tanpa harus menyuruh isterinya. Baginda juga memerah susu kambingnya sendiri untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.


Beliau juga sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah mengherdik,"Mengapa engkau pukul isterimu?" Sahabat itu dengan gementar menjawab, isteri saya sangat keras kepala. Ia sudah diberi nasihat dengan lidah tetapi tetap tidak berubah, jadi saya pukul dia.

"Aku tidak menanyakan alasanmu, sahut Nabi. "Aku hanya bertanya mengapa kau pukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?"

Jika Nabi pulang kerumahnya dan tiada makanan yang sudah siap untuk dimakan, tetapi masih mentah belum dimasak...sambil tersenyum Nabi segera menyinsingkan lengan bajunya ikut membantu isterinya di dapur.

Aisyah menceritakan: ''Kalau Nabi sedang berada dirumah,baginda selalu membantu urusan rumahtangga tetapi apabila terdengar suara azan,beliau cepat-cepat berangkat ke masjid dan cepat-cepat kembali sesudah selesai sembahyang."

Pernah juga Nabi pulang pada dinihari dan dirumahnya tidak ada apa-apa untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi pun bertanya, " Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan kemesraan, ertinya 'Wahai kemerah-merahan'.

Aisyah pun menjawab, "Belum ada apa-apa ya Rasulullah."

Nabi lantas berkata juga dengan senyuman mesra, "Jika demikian,aku berpuasa sahaja hari ini."

BEGITULAH HEBATNYA KEPERIBADIAN RASULULLAH DALAM MELAYAN PELBAGAI KEKURANGAN YANG ADA DALAM ISTERI BAGINDA IAITU DENGAN SENTIASA TERSENYUM DAN BERSABAR

0 kOmEn uNtuK BuDaK cOmoT: